25/10/2011 : ANUGERAH DESA CEMERLANG..
sedikit info mengenai anugerah desa cemerlang..
Pertandingan kampung anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) yang sedang dilaksana sekarang, atas nama Anugerah Desa Cemerlang (ADC), merupakan satu-satunya pertandingan yang terawal dilaksanakan oleh kerajaan dan kekal sehingga kini.
Pertandingan tersebut dahulunya dikenali Pertandingan Kebersihan, Keindahan Dan Kemajuan Kampung (PKKK) telah diputuskan dalam mesyuarat kabinet dan diletakkan di bawah Program Keindahan Kampung.
Pertandingan PKKK bermula pada tahun 1987 di peringkat kampung dan daerah, setelah Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 14 Ogos 1986 melulus dan memutuskan supaya satu pertandingan rumah-rumah kampong dan pertandingan kampung-kampung diadakan secara berperingkat-peringkat bermula diperingkat daerah / jajahan, negeri dan kebangsaan.
Pada tahun ini,Kg Gelang chinchin telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.Turut sama bertanding ialah Kg Kuala Paya dan dua kampung lagi.Sebagai persediaan,Pihak JKKK Kg Gelang Chinchin telah mengambil inisiatif bagi memastikan apabila pertandinagn berlangsung ianya berjalan lancar.
Dan hari ini,Alhamdulillah.. segala yang di persiapkan telah dipersembahkan.Itu lah hasil,itu lah yang akan menentukan adakah kami akan menang ataupun kalah. -pm-
RUANGAN BERGAMBAR
KETIBAAN PANEL JURI
Panel juri menandatangani buku pelawat.
sesi penilaian juri terhadap profil kampung
lama x g gelang chin chin...... dlu slalu g sana jumpa mak angkat. xtahu la apa khabar dia skang ye........ sesapa yg kenal isteri arwah pakcik jamal b hj dinan....kim salam kt dia ye.... tq
ReplyDeleteye ke.. sy kenal.. InsyaAllah... hari tu anak dia kahwen x p ka..?
ReplyDelete