KEMUDAHAN KAMPUNG

         Masjid Jamek Kg Gelang Chinchin yang berwajah baru.Telah siap dicat pada 27 Ogos 2011 iaini sebelum Hari Raya Aidil Fitri yang pertama. 


          Masjid yang berusia lebih sedekad ini telah dirasmikan oleh Y.A.M Tengku Mahkota Johor ketika itu telah banyak mengalami perubahan dan ubahsuai. Baru-baru ini juga bangunan yang dibina di atas tanah yang diwakafkan oleh salah seorang penduduk kampung ini bakal diubahsuai dengan kos RM 400,000 namun mendapat bantahan daripada Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan ini kerana menurut Kerajaan Negeri kampung ini boleh mendapat peruntukan masjid baru bernilai RM 1.5 juta sekiranya dibina di atas tanah yang telah dirizabkan di puncak Bukit Gelang Chinchin. Peruntukan bernilai RM 400,000 ini diterima oleh Jawatankuasa Masjid kerana tidak bersetuju masjid ini dipindahkan dikawasan tersebut. Jesteru itu Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan ini akan terus membantah dan memohon agar masjid baru dibina dikawasan yang disediakan demi kemudahan dan pembangunan generasi akan datang.




             

                                              DEWAN SERBAGUNA KG GELANG CHINCHIN

                      Dewan serbaguna Kg Gelang Chinchin ini telah dirasmikan oleh menteri besar Johor YB Datuk Hj Othman Bin Jais.Dewan serbaguna ini memberi kemudahan kepada penduduk kampung terutama sekali kepada belia dan beliawanis menjalankan aktiviti petang seperti bermain badminton.Banyak juga majlis majlis yang boleh diadakan di Dewan Serbaguna ini.









KLINIK DESA

Klinik Desa yang sudah lebih 20 tahun berdiri megah di kampung ini telah banyak menyumbangkan jasanya kepada penduduk kampung ini dan sekitarnya. Klinik ini menyediakan beberapa perkhidmatan seperti rawatan luka kecil dan pemeriksaan ibu-ibu yang baru bersalin. Klinik yang bakal mengalami perubahan dan pembinaan semula ini bakal menyediakan kemudahan yang lebih sempurna kepada pelangannya.









                                                          SEKOLAH KEBANGSAAN 

Sekolah Kebangsaan Kampung Gelang Chinchin yang menempatkan lebih 120 orang murid dan 16 orang guru bakal berubah wajah setelah bangunan baru yang sedang dalam proses pembinaan itu nanti siap. Bangunan 4 tingkat sebanyak 2 blok yang menelan belanja hampir RM 3.5 juta ini bakal menyediakan kemudahan yang lebih lengkap dan teratur seperti kantin, makmal dan dewan serbaguna.