AKTIVITI

                       PERASMIAN DEWAN SEBAGUNA KG KAMI...





  Perasmian Dewan Serbaguna Kg Gelang Chinchin ini,telah dijalankan secara rasminya pada 15 Jun 2011 oleh Yang Berhormat Datuk Hj Abd Ghani bin Othman.Ramai penduduk Kampung Gelang Chinchin yang hadir dalam majlis ini.Gambar diatas menunjukkan Ketua Kampng Gelang Chinchin ,En.Saleh bin Mohammad menyampaikan cenderamata tanda kenang kenangan kepada menteri besar Johor YB Datuk HJ Abd Ghani Bin Othman





PROGRAM GDW BERJALAN LANCAR













Lucu. Penduduk turut sama dalam J-Robik




3 April 2010. Walaupun hujun turun dengan lebat namun tidak menghalang orang ramai untuk hadir bagi memeriahkan program yang telah dianjurkan oleh KEMAS Kawasan Segamat dengan kerjasa GDW Kawasan Kg Gelang Chinchin. Program yang diadakan bermula jam 2.00 petang itu berjalan lancar dengan beberapa aktiviti menarik seperti pertandingan karaoke, memasak, pakai sampin dan beberapa lagi acara yang menarik perhatian semua. Program yang dirasmikan oleh Y.B Datuk Hj Othman bin Jais, Timbalan Speaker DUN Johor merangkap ADUN Kawasan Buloh Kasap membuktikan semangat kerjasama dan perpaduan diantara penduduk. Othman dalam ucapannya mengharapkan program seumpama ini dapat diteruskan dalam usaha menyemarakan semangat 1 Malaysia.








GOTONG ROYONG KAMPUNG