PENGENALAN


 Logo ini terbit daripada beberapa idea dan unsur yang digabungkan. Gambaran lingkaran berwarna kuning , biru dan merah melambangkan gelang dan bulatan bewarna marah dan biru yang lebih kecil melambangkan bentuk cincin. Manakala bentuk di tengah  yang seakan bentuk figure orang melambangkan perpaduan yang terjalin. Warna kuning melambangkan nilai kemewahan bersesuaian dengan cincin dan gelang, biru bukti perpaduan dan merah bukti berani.




ASAL USUL NAMA "KAMPUNG GELANG CHINCHIN"





 Asal usul nama kampung ini terbit daripada kisah dongeng orang lama-lama yang mengisahkan dua orang insan yang bernama Puteri Santan Bertapis dengan seorang pemuda. 

        Cerita bermula apabila pemuda tersebut telah tertawan hati dengan perwatakan dan kecantikan puteri tersebut. Maka pemuda tadi rendah diri melamar akan puteri yang cantik rupawan itu. Sebagai menguji akan kesungguhan pemuda itu, maka disuruhnya pemuda itu tadi memanah akan gelang yang dipakainya dengan puteri memegangnya dari atas sebuah bukit (kini Bukit Kampung Gelang Chinchin) dan pemuda tadi berdiri dari atas bukit di Kampung Bumbum (kini Kuari Kampung Bumbun). Dengan izin Allah maka permuda tadi berjaya memanah dengan tepat ke dalam gelang yang di pegang oleh Puteri Santan Bertapis itu tadi. Kerana seakan tidak percaya dengan kehebatan pemuda tersebut, maka dicabarnya lagi pemuda itu dengan memanah akan sebentuk chinchin (ejaan lama) yang dipegang oleh puteri itu. Namun perkara yang sama juga terjadi.

        Oleh kerana terikat dengan janji maka berkahwinlah pemuda tersebut dengan Puteri Santan Bertapis dan sebagai meningati tempat bersejarah tersebut, maka dinamakan lah bukit itu sebagai Bukit Gelang Chinchin dan kini sebagai Kampung Gelang Chinchin.









KAMPUNG RANGKAIAN DI BAWAH KAMPUNG GELANG CHINCHIN
 
Di bawah kawasan Kampung Gelang Chinchin ini, terdapat lagi beberapa kampung kecil yang bernaung dibawahnya. Antaranya adalah :-

  1. Kampung Bangas
  2. Kampung Keritak
  3. Kampung Tadok
  4. Kampung Selumpur
  5. Kampung Mesanggeng
  6. Kampung Putat
  7. Kampung Bendong
  8. Kampung Jema'i
  9. Ladang Mado's









PETA KUNCI




        


                          





Hubungi kami

Kampung Gelang Chinchin, 
85000 Segamat, Johor Darul Ta'zim.
No. Tel : +60177544816 - Pemangku Ketua Kampung
E-Mail : kggelangchinchin@gmail.com
Laman Blog : http://www.kgccsegamat.blogspot.com