Wednesday, 26 October 2011

ALAHAI LORI SAWIT...

 



27/10/2011  Bukit Kampung Gelang Chinchin.

Alahai lori kelapa sawit.Sebenarnya bukan terbabas akibat memandu lori dengan laju.. Disebabkan muatan pon berat,juga dalam keadaan naik bukit,jadi agak mustahil untuk lori tersebut dipandu dengan laju.

Menurut sumber,lori tersebut hilang kawalan akibat terlebih muatan .Lihat sahaja gambar gambar ini.Anda pasti boleh menilainya.

-pm-

Tuesday, 25 October 2011

HARI PENILAIAN ANUGERAH DESA CEMERLANG






25/10/2011   : ANUGERAH DESA CEMERLANG..

sedikit info mengenai anugerah desa cemerlang..


Pertandingan kampung anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) yang sedang dilaksana sekarang, atas nama Anugerah Desa Cemerlang (ADC), merupakan satu-satunya pertandingan yang terawal dilaksanakan oleh kerajaan dan kekal sehingga kini. 

Pertandingan tersebut dahulunya dikenali Pertandingan Kebersihan, Keindahan Dan Kemajuan Kampung (PKKK) telah diputuskan dalam mesyuarat kabinet dan diletakkan di bawah Program Keindahan Kampung. 

Pertandingan PKKK bermula pada tahun 1987 di peringkat kampung dan daerah, setelah Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 14 Ogos 1986 melulus dan memutuskan supaya satu pertandingan rumah-rumah kampong dan pertandingan kampung-kampung diadakan secara berperingkat-peringkat bermula diperingkat daerah / jajahan, negeri dan kebangsaan.

          Pada tahun ini,Kg Gelang chinchin telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.Turut sama bertanding ialah Kg Kuala Paya dan dua kampung lagi.Sebagai persediaan,Pihak JKKK Kg Gelang Chinchin telah mengambil inisiatif bagi memastikan apabila pertandinagn berlangsung ianya berjalan lancar.

                Dan hari ini,Alhamdulillah.. segala yang di persiapkan telah dipersembahkan.Itu lah hasil,itu lah yang akan menentukan adakah kami akan menang ataupun kalah.  -pm-






    RUANGAN BERGAMBAR



KETIBAAN PANEL JURI




Panel juri menandatangani buku pelawat.




sesi penilaian juri terhadap profil kampung







Selepas tamat sesi penilaian















Monday, 24 October 2011

PERSIAPAN PERTANDINGAN DESA CEMERLANG 2011





Johana Ali,sedang sibuk menyiapkan Profil Kampung.
                                             


22/10/2011  : Persiapan terakhir untuk bertanding dalam pertandingan desa cemerlang.Pertandingan Desa cemerlang diadakan dua tahun sekali. Dan pada tahun 2011 ini,Kg Gelang Chinchin telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.Pertandingan ini sememangnya menambahkan lagi keakraban antara penduduk Kg Gelang Chinchin ini.Semua bersatu padu dari kanak kanak hinggalah dewasa,masing masing bersatu hati dalam menjayakan Pertandingan Desa Cemerlang ini.Semoga kemenangan berpihak kepada kami..  amin...

  -pak malau-


Friday, 14 October 2011

PROGRAM TAKLIMAT RELA BERSAMA POLIS & PENDUDUK KAMPUNG GELANG CHINCHIN.



                            En.Abd Rahman bin Hj.Atan  menyerahkan cenderamata kepada
                                          Lt.Kolonel Muda Tuan Kamarudin Bin Ali


14 oktober 2011 :  Hari ini tepat pada pukul 8.30 malam telah berlansungnya majlis ini. Taklimat yang melibatkan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama RELA Kg Gelang Chinchin.Taklimat ini tidak lain dan tidak bukan berkisarkan tentang pelbagai aktiviti yang telah dijalankan di Sekitar Kg Gelang Chinchin yang melibatkan RELA dan penduduk Kg Gelang Chinchin.Ade sesi berdialong bersama Lt kolonel Tuan Kamarudin Bin Ali yang bersama sama dalam sesi beridialog dimana penduduk kampung boleh menujukan sebarang soalan kepada beliau...



                                       










Friday, 7 October 2011

KELAB ZAPIN PERSATUAN BELIA WARISAN GELANG CHINCHIN

 

              Kelab Zapin Persatuan Belia Warisan Gelang Chinchin.Kelab ini aktif sehingga sekarang.Membuat persembahan sekitar Segamat.Akan meramaikan lagi ahlinya,dan akan menjadikan kelab ini maju kehadapan dalam memperjuangkan warisan zapin negeri Johor.Syabas diucapkan.

DEWAN SERBAGUNA KG GELANG CHINCHIN



Tarikh 25 Mei 2010 ini bakal menjadi satu tarikh istimewa dan penuh sejarah kepada penduduk kampung ini kerana bakal menerima kunjungan Y.A.B Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman Menteri Besar Johor bagi merasmikan Dewan Raya Kampung Gelang Chinchin bernilai RM440,000. Dewan yang pernah tergendala pembinaannya kerana kekurangan dana akhirnya dapat disiapkan dengan peruntukan tambahan dari Y.A.B Menteri Besar Johor itu. Sehubungan itu diharapkan seluruh penduduk kampung keluar beramai-ramai bagi meraikan acara yang amat bermakna itu.

Welcome to Kampung Gelang Chinchin


Segamat, Johor, Malaysia


Kampung Gelang Chinchin yang terletak di daerah Segamat merupakan salah satu kampung yang tertua di daerah ini. Kampung ini yang di buka kira-kiara 300 tahun dahulu kini mempunyai kepadatan penduduk melebihi 1,000 orang. Terletak kira-kira 7 km dari Bandar Segamat ini terkenal dengan jolokan "Kampung Raja Buah" iaitu buah durian merupakan salah satu aspek menjadi tarikan lebih banyak penempatan baru di buka setiap tahun di kampung ini.



Masjid Jamek Kg Gelang Chinchin yang berwajah baru.Siap di Cat pada 27 Ogos 2011.Rakyat Kg Gelang Chinchin dapat berSolat Hari Raya Aidilfitri dengan ceria.